Sunday 9 November 2014

Rawatan Kecemasan


LUKA DAN BERDARAH
Rawatan Luka Kecil
  • Alirkan air pada luka dan keringkan dengan kain bersih.
  • Bersihkan keliling luka dengan kapas atau kain bersih yang dibasahkan dengan air dan sabun atau antiseptik.
  • Balut dengan kain bersih atau pembalut.
Mengawal pendarahan
  • Hentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan.
  • Apabila pendarahan berhenti, balut dengan kain bersih.
  • Jika terdapat objek asing seperti paku, kaca atau pisau, jangan tekan pada luka. Balut sekeliling objek itu dengan kain bersih dan dapatkan rawatan lanjut.
  • Jika tangan atau kaki yang cedera, tinggikan ia melebihi paras jantung untuk mengurangkan tekanan.
  • Sekiranya luka itu besar dan pendarahan banyak, dapatkan rawatan lanjut.

Jangan gunakan teknik Tourniquet kerana ianya lebih memberi mudarat dari kebaikan.

KECEDERAAN TULANG (PATAH)
Rawatan Patah
  • Jangan gerakkan bahagian yang patah.
  • Rawat dan hentikan pendarahan luka jika ada.
  • Jangan tekan pada luka sekiranya ada tulang terkeluar.
  • Buat tuapan dengan mengikat kayu, kertas tebal, suratkhabar dan sebagainya di atas dan bawah sendi tulang yang patah.
  • Jika tiada bahan tuapan, ikatkan pada anggota badan yang tidak cedera.
  • Dapatkan rawatan lanjut. 

TERBAKAR DAN MELECUR
Kecederaan Kecil
 
  • Segera sejukkan dengan air paip yang mengalir atau rendam dalam takungan air atau balut dengan kain basah selama 5 minit sehingga hilang sakit.
  • Tanggalkan cincin, jam atau barang kemas pada tempat cedera.
  • Jangan pecahkan gelembong atau tanggalkan kain yang melekat pada tempat yang cedera.
  • Balut dengan kain bersih.



Kecederaan Teruk
  • Baringkan dan siramkan dengan air selama 10 minit.
  • Periksa pernafasan dan nadinya.
  • Tanggalkan barang kemas, jam, tali pinggang atau benda yang dipakai ketat.
  • Jangan tanggalkan pakaian yang melekat pada tempat yang terbakar.
  • Balut tempat yang cedera dengan kain bersih.
  • Selimutkan mangsa dan dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
Kecederaan disebabkan bahan kimia
  • Segera alirkan air di tempat yang cedera selama 5 minit.
  • Balut kecederaan dengan kain bersih.
  • Dapatkan rawatan lanjut dengan segera.
  • Berhati-hati supaya bahan kimia tersebut tidak terkena pada anda.
JANGAN SEKALI-KALI menyapukan tempat cedera dengan mentega, ubat gigi, kicap, losyen, minyak berangin dan sebagainya.






Cardio Pulmunarary Resusitation (CPR) 
ialah bermaksud bantuan pernafasan dan tekanan jantung dari luar. Terdapat 5 protokol dalam perlaksanaan CPR D - Danger (Bahaya) , R - Response (Tindakbalas) ,C - Circulation (Pengaliran darah), A - Airway (Saluran Pernafasan) ,B - Breathing (Pernafasan) .
Bagi protokol danger, pastikan terlebih dahulu keadaan persekitaran selamat daripada sebarang ancaman. Kemudian, alihkan mangsa ke tempat yang selamat jika perlu. Sekiranya keadaan benar-benar selamat, teruskan dengan protokol seterusnya;
Bagi protokol tindakbalas periksa tahap kesedaran mangsa. Lihat tanda-tanda sirkulasi (pergerakan / batuk / bernafas). Panggil sambil menepuk-nepuk bahu mangsa. Sekiranya mangsa tidak sedar, minta bantuan ambulans bersama kelengkapan (AED).Setelah pihak hospital telah dihubungi, teruskan dengan protokol seterusnya;
Circulation pula adalah dengan periksa nadi bagi memastikan samada jantung mangsa masih berfungsi. Sekiranya jantung (nadi) masih berfungsi, teruskan dengan memberi bantuan pernafasan sebanyak 5 kali diselangselikan dengan memeriksa nadi mangsa. Beri bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba. Sekiranya tiada nadi dan tanda sirkulasi (nadi), lakukan tekanan pada dada mangsa. Bagi menentukan titik tekanan pada dada mangsa ikut kaedah ini; andaikan satu garisan lurus diantara titik puting dan garisan lurus di tengah dada. Pertembungan dua garisan ini akan menentukan point tekanan tersebut.Letakkan tapak tangan anda di point tekanan sambil sebelah tangan lagi disulam bahagian atasnya. Siku hendaklah dikunci lurus hingga ke bahu pada sudut 90 darjah.Tekan cepat (pada kelajuan 3 tekanan dalam setiap 2 saat) sebanyak 30 kali diselang-seli dengan 2 hembusan pernafasan (30 : 2).
Protokol Airways pula adalah mempastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersekat dengan dongakkan kepala mangsa sambil angkat dagunya. Keluarkan bendasing dalam mulut mangsa (jika ada).Sekiranya saluran pernafasan mangsa tidak terhalang, teruskan dengan protokol seterusnya.

Protokol Breathing adalah dengan periksa pernafasan mangsa (3M) Melihat, Mendengar dan Merasa. Ketiga-tiga kaedah 3M ini perlu dilakukan serentak dengan merapatkan pipi ke mulut mangsa dengan peka sebarang bunyi pernafasan serta memandang ke arah dada mangsa. Sekiranya mangsa tiada sebarang tanda-tanda bernafas, beri 2 bantuan pernafasan mulut ke mulut. Tutup hidung mangsa dan hembus ke dalam mulut mangsa sehingga dadanya naik sedikit. Lepaskan mulut anda dari mulut mangsa selepas setiap hembusan. Sekiranya dada tidak mengembang, betulkan salur pernafasan. Setelah selesai memberi 2 bantuan pernafasan, ulang semula protokol "Circulation" hingga "Breathing". Lakukannya berturut-turut sehingga AED atau bantuan tiba.


No comments:

Post a Comment


GET INFO FROM THIS BLOG